BURUNG HANTU DARI FLANEL
Setelah itu jahitkan bahagian perut burung hantu seperti dalam gambar dengan jahitan backstitch.. 1 layer benang sahaja digunakan..
Setelah siap bahagian perut, teruskan pula pada bahagian mata dengan jahitan backstitch juga.. Korang boleh juga guna cara jahitan yang lain.. Tak semestinya backstitch.. Ini hanya cadangan dari SUS.. SUS lebih sukakan jahitan backstitch kerana ianya lebih kemas dan persis jahitan mesin..
Selepas itu boleh la jahitkan pula bahagian bebola mata yang berwarna putih dengan jahitan sembat..
Begitu juga dengan eyeshadow burung hantu ini.. Burung hantu SUS ni pompuan.. So, kena la pakai eyeshadow.. Hehehe..
Dah siap bahagian mata, teruskan pula dengan bahagian hidung..
Kemudian, jahitkan bentuk love pada perut burung hantu untuk bagi nampak lebih chumel lagi..
Nak bagi mata burung hantu ni nampak lebih galak lagi, SUS jahitkan pulak eyeliner dan mascara pada mata burung hantu ini dengan jahitan backstitch.. 4 layer benang digunakan untuk effect yang lebih tebal.. Hehehe..
Pada bentuk love tadi, jahitkan ala-ala zig-zag dengan 2 layer benang..
Setelah semua bahagian siap dijahit, gamkan pula bahagian kepak burung hantu.. Letakkan hanya sedikit gam sahaja sekadar untuk bagi tidak bergerak dan memudahkan proses menjahit nanti..
Gamkan juga ribbon penggantung pada bahagian tengah kepala burung hantu..
Selepas itu, proses menjahit untuk mencantumkan kedua-dua kepingan felt badan burung hantu boleh dimulakan.. Jahitan blanket stitch digunakan.. Di sini, SUS gunakan 4 layer benang.. Setelah sampai pada bahagian kepak burung hantu, cara jahitannya adalah seperti dalam gambar.. Cucukkan jarum dari bahagian atas sehingga menembusi ke bahagian belakang..
Kemudian, cucukkan jarum dari bahagian belakang dan selari dengan benang di hadapannya..
Masukkan jarum ke dalam loop benang tersebut dan tarik jarum sehingga benang kemas.. Ulang langkah ini sehingga melepasi bahagian kepak burung hantu.. Langkah jahitan yang sama juga dipraktikkan untuk pada bahagian ribbon nanti..
Jangan habiskan jahitan terlebih dahulu.. Tinggalkan sedikit ruang untuk menyumbat fiber sebelum habiskan jahitan.. Setelah fiber diisi dengan penuh, jahitan boleh diteruskan sehingga habis dan matikan jahitan..
Beginilah rupanya keychain burung hantu setelah siap.. Split ring dipasangkan pada ribbon penggantung tersebut.. Kepada yang masih baru nak belajar cara menjahit tu.. Bleh la dapatkan Buku Tutorial Starter Kit.. Di dalam buku ini ada diajarkan basic jahitan.. ^__^
Enjoy!
0 komentar:
Posting Komentar